keru.si

KERUSI · 3D

Setiap kerusi ada cerita.

Kerusi menjadi inspirasi nama keru.si, sebuah pameran kerusi 3D interaktif oleh Jee Production. Lihat kerusi dari setiap sudut dan kenali reka bentuk, personaliti serta penciptanya.

Buka pameran 3D ↗

Kerusi dalam pameran

Jambatan Biru

01

Jambatan Biru

Empat kaki. Banyak gaya.

Kenalkan Jambatan Biru, kerusi pertama dalam koleksi keru.si. Penyandarnya melengkung macam jambatan kecil, dengan warna biru berkilat. Datang paling awal, terus cop tempat paling best. Biasalah.

Pusinglah. Terbalikkan pun boleh. Nak tengok bawah? Silakan. Cuma jangan duduk atas skrin — skrin tak mohon kerja jadi kerusi.

Bentuk
Lengkungan lembut
Kemasan
Biru kobalt berkilat
Perangai
Suka perhatian

Pencipta: Jee Production

Kebenaran pameran

Original work · permission to exhibit

An original chair created for the keru.si exhibition by Jee Production. Displayed with the creator’s permission. No general reuse license is granted.

Pusing kerusi ini ↗
Kerusi Kenduri Merah

02

Kerusi Kenduri Merah

Nenek paling suka ni

Kenduri belum mula, dia dah sampai. Makanan belum keluar, dia dah cop tempat. Dari pesta tokong sampai gathering keluarga, kerusi merah ini memang kaki lepak. Tak mewah macam sofa lah, tapi pengalaman satu kampung. Siapa angkat dulu, dia duduk dulu.

Pencipta: Jee Production (junhong-623)

Kebenaran pameran

Original work with explicit permission for keru.si / 原创作品,明确授权给 keru.si

Original procedural model created for Jee Production (junhong-623) with Codex assistance, based on a reference photograph supplied by the creator and refined through the creator's review. The photograph is used only as shape inspiration and is not included in the package. No third-party model, texture or brand label is embedded in the GLB. Jee Production authorises keru.si to display this submitted model and its preview images, host and distribute them as downloadable website assets, and optimise the files for web viewing, while crediting Jee Production (junhong-623). Ownership remains with the creator. This submission does not assign a CC0 or CC BY license or grant a general reuse license to other parties. [Source and permission notes](https://raw.githubusercontent.com/junhong-623/kerusi-chairs/3a1fce5673b15b4da6b571533f821371b62f5533/submissions/kenduri-red/README.md)

Pusing kerusi ini ↗
Lepak

03

Lepak

Penat seharian? Lepak dulu lah.

Penat seharian? Jom lepak dulu. Minum kopi, borak dengan keluarga tentang cerita hari ini, atau layan telefon sambil berehat. Hujung minggu tak semestinya penuh dengan rancangan. Bila dah sampai rumah, tak perlu terus fikir apa nak buat selepas ini. Ada tempat untuk anda di sini. Duduklah, santai dulu.

Kata nak duduk lima minit. Kopi dah sejuk, masih tak nak bangun.

Bentuk
Kerusi rehat berbentuk bulat lembut dengan tempat letak tangan rendah
Kemasan
Kemasan kulit beige dengan kaki bercorak kayu
Perangai
Santai, tak suka tergesa-gesa.

Pencipta: junhong-623

Kebenaran pameran

Original work with explicit permission for keru.si / 原创作品,明确授权给 keru.si

The submitter authorises keru.si to display, host and distribute the Lepak model, embedded textures and preview images as website assets, and to optimise the files for web viewing, while displaying the creator credit junhong-623. Ownership remains with the creator. This is project-specific permission for keru.si, not CC0, CC BY or a general reuse licence. Created with AI-assisted procedural modelling under the submitter’s design direction. Chair geometry, leather grain, woven underside and wood grain were generated for this asset; no stock model or third-party texture was used. Three.js was used as a production tool; no Three.js runtime or other executable code is included in this submission. Permission and creator credit explicitly confirmed by the submitter on 2026-10-13. [Permission record](https://github.com/junhong-623/kerusi-chairs/blob/e9221aaa39557ec7eadaca3fedcb380874cbcd6e/submissions/lepak/LICENSE.md) · [Submission metadata](https://github.com/junhong-623/kerusi-chairs/blob/e9221aaa39557ec7eadaca3fedcb380874cbcd6e/submissions/lepak/submission.json) · [Validation report](https://github.com/junhong-623/kerusi-chairs/blob/e9221aaa39557ec7eadaca3fedcb380874cbcd6e/submissions/lepak/validation.json)

Pusing kerusi ini ↗

Sebelum duduk dulu

Apakah keru.si?

keru.si ialah pameran dalam talian untuk kerusi 3D dan ceritanya. Namanya bermain dengan perkataan “kerusi”. Laman ini dicipta oleh Jee Production.

Bagaimana hendak melihat kerusi?

Seret dengan tetikus atau satu jari untuk memusing. Tatal atau cubit untuk zum. Klik dua kali atau tekan R untuk menetapkan semula. Pilih kerusi melalui senarai imej kecil; tukar bahasa dan cahaya dalam menu gear.

Bagaimana hendak menghantar kerusi?

Hantar model GLB lengkap, imej pratonton, nama, cerita, kredit pencipta dan kebenaran melalui borang GitHub. Pemilik menyemak draf peribadi sebelum menerbitkannya secara jelas.

Apakah fail yang diperlukan?

GLB yang dihantar maksimum 10 MB, sebaiknya bawah 5 MB, dengan tekstur terbina dalam. Setiap imej PNG, JPEG atau WebP maksimum 3 MB. Fail ZIP disemak dan dimuat naik secara manual.

Bolehkah saya menggunakan semula model?

Kebenaran pameran tidak semestinya memberikan lesen penggunaan semula umum. Baca maklumat pencipta dan kebenaran setiap kerusi serta ikut lesen sebenar pencipta.

Hantar kerusi melalui GitHub ↗

Syarat penghantaran penuh ↗